Friday, 20 July 2012

SALAM RAMADHAN



Selamat menyambut bulan ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberikan kita bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh barakah ini. Semoga amalan kita lakukan dibulan mulia ini diterima oleh Allah.

Sunday, 8 July 2012

CAWANGAN BARU DI MUZIUM TUDM KUALA LUMPUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pelbagai barangan cendera hati seperti Kichen PVC, Magnet, dan Kichen Sulam dalam pelbagai jenis boleh diperolehi di Muzium TUDM dengan harga berpatutan. Selain itu, kedai ini juga ada menjual barangan-barangan berikut:

1. T-Shirt;
2. Cap;
3. Wallet;
4. Beg;
5. Jacket; dan
6. Sticker kereta dan motosikal.


Wednesday, 4 July 2012

SALAM NISFU SYAA'BAN

Assalamualaikum.

SELAMAT MENYAMBUT NISFU SYAABAN KEPADA SEMUA.
Semoga hidup kita diberkati oleh ALLAH, dan segala amalan yang kita lakukan diterima oleh ALLAH.

Kita juga disunatkan untuk membaca Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon supaya:

1. Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
2.
Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
3.Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.